Latest IPO Analysis
IPO Analysis : AQUAWALK
Aquawalk Group Berhad adalah syarikat yang beroperasi dan membangunkan akuarium, serta reka bentuk, pembangunan dan penyelenggaraan akuarium pihak ketiga di Asia Tenggara. Syarikat ini terkenal dengan operasinya di Aquaria KLCC di Kuala Lumpur, Aquaria Phuket di Thailand, dan turut mempunyai kepentingan dalam Jakarta Aquarium Safari di Indonesia. Syarikat ini juga menekankan aspek pemuliharaan marin dan pendidikan.
IPO MITI Analysis : WGB
Wasco Greenergy Berhad ialah entiti tenaga hijau di bawah Wasco Berhad yang memfokus kepada biomass steam power plants dan industrial energy systems. IPO ini akan meningkatkan modal untuk pengembangan kapasiti dan digitalisasi. Syarikat menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh dan stabil, dengan CAGR PAT >20%, margin meningkat, serta arus tunai operasi positif.
IPO Analysis : KOPI
Oriental Kopi adalah sebuah rangkaian kafe di Malaysia yang diasaskan pada tahun 2020, terkenal dengan hidangan masakan tradisional Nanyang dan kopi yang dibancuh menggunakan teknik tradisional. Syarikat ini dimiliki oleh Oriental Kopi Holdings Berhad, sebuah syarikat pelaburan yang terlibat dalam operasi kafe, serta pengedaran dan penjualan produk makanan berjenama.
IPO Analysis : CBHB
CBH Engineering Holding Berhad ialah penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik dan mekanikal (M&E) yang menumpukan kepada sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik serta kerja-kerja sistem bangunan seperti ACMV, sistem kebakaran, paip & tenaga boleh diperbaharui.
Latest IPO Tips
Apa Itu IPO (Initial Public Offering)?
IPO atau Initial Public Offering ialah proses di mana syarikat menawarkan sahamnya kepada orang awam buat kali pertama di pasaran saham — contohnya Bursa Malaysia.
Sebelum disenaraikan, saham syarikat hanya dimiliki oleh pengasas dan pelabur terpilih. Tapi selepas IPO, sesiapa pun boleh beli dan berdagang saham tersebut di pasaran terbuka.
No Results Found
The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.