OGX Group Berhad is a Malaysia-based investment holding company and an integrated IT infrastructure solutions specialist, focused on network, cybersecurity, and enterprise data center solutions.
tips
IPO Analysis: KEEMING
Kee Ming Group Berhad ialah syarikat penyedia penyelesaian kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal (M&E) yang berpangkalan di Perak, dijadual debut di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 12 Februari 2026. Dengan pengalaman 13 tahun, syarikat ini fokus kepada projek perindustrian, komersial, dan tenaga boleh diperbaharui, serta disokong oleh Solarvest Holdings Bhd.
IPO Analysis : ISF
ISF Group Berhad adalah syarikat kejuruteraan utiliti yang bakal disenaraikan di ACE Market Bursa Malaysia pada 28 Januari 2026. Syarikat mempunyai kepakaran dalam penyediaan dan pemasangan sistem paip untuk sektor industri, kediaman, dan Data Centre. Dengan harga tawaran RM0.33 seunit, ISF Group menyasarkan Market Capitalisation sebanyak RM330 juta. Dana IPO sebahagian besarnya (65.25%) diperuntukkan untuk Working Capital bagi menampung projek berskala besar di Johor dan Pulau Pinang.
IPO Analysis : BMS Holdings Berhad
BMS Holdings Berhad ialah peruncit dan pengedar terkemuka Malaysia bagi jubin, permukaan batu, kelengkapan bilik mandi, dan barangan dapur, yang ditubuhkan pada 1993. Syarikat ini mempunyai rangkaian pusat pameran di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sarawak, serta menjual melalui saluran borong dan projek. BMS Holdings mempunyai portfolio produk yang luas, termasuk jenama miliknya sendiri untuk pelbagai produk seperti jubin, permukaan batu, kelengkapan bilik mandi, dan barangan dapur.
IPO MITI Analysis : Teamstar Berhad
Teamstar Berhad ialah sebuah syarikat yang menjual dan memperdagangkan perkakas perabot, perkakasan am, dan peralatan dapur dan rumah tangga. Ia juga menawarkan perkhidmatan nilai tambah seperti penggulungan dan penjualan bahan salutan serta pelarut. Syarikat ini mempunyai rangkaian kedai di seluruh Lembah Klang dan beberapa lokasi lain seperti Melaka, menawarkan penyelesaian sehenti untuk bahan-bahan pengubahsuaian dan perabot.
IPO Analysis : POLYMER
Polymer Link Berhad ialah pengeluar plastic powder untuk industri rotational moulding, dengan pasaran utama di Malaysia, India, Australia, dan Poland. IPO ini bertujuan mengumpul RM24.3 juta, dengan penawaran sebanyak 121.2 juta saham baharu (21.6%). Dana akan digunakan untuk pengembangan operasi antarabangsa dan pembelian mesin baharu.
IPO Analysis : AQUAWALK
Aquawalk Group Berhad adalah syarikat yang beroperasi dan membangunkan akuarium, serta reka bentuk, pembangunan dan penyelenggaraan akuarium pihak ketiga di Asia Tenggara. Syarikat ini terkenal dengan operasinya di Aquaria KLCC di Kuala Lumpur, Aquaria Phuket di Thailand, dan turut mempunyai kepentingan dalam Jakarta Aquarium Safari di Indonesia. Syarikat ini juga menekankan aspek pemuliharaan marin dan pendidikan.
IPO Analysis : PMW
PMW International Berhad ialah syarikat Malaysia yang menyediakan penyelesaian bersepadu untuk sektor pembinaan dan infrastruktur. Syarikat ini terlibat dalam pembuatan dan perdagangan produk konkrit seperti tiang dan cerucuk spun, serta acuan dan jentera untuk pengeluaran konkrit. PMW juga menyewakan acuan dan jenteranya untuk menjana pendapatan berulang.
IPO MITI Analysis : Hock Soon Capital Berhad
Hock Soon Capital Berhad (“Hock Soon”) ialah syarikat pegangan baharu yang menstrukturkan semula operasi Hock Soon Poultry Farm Sdn. Bhd., pemain mapan dalam industri layer poultry (pengeluaran telur ayam) di Malaysia. Aktiviti utama adalah penternakan ayam penelur, pemprosesan dan pengedaran telur.








